Shahir Adnan
Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Laungan ‘Hidup LGBT’ pada perhimpunan baru-baru ini merupakan petanda golongan liberal mula mendapat tempat di Malaysia.

“Adakah memperjuangkan kesaksamaan gender itu sebagai pencetus kepada idealisma bahawa lelaki itu sama seperti perempuan, maka hubungan sejenis, seperti gay dan lesbian, perlu diiktiraf?” soal Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia, Shahir Adnan.

Menurutnya, pada masa yang sama, Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf masih tidak tegas dalam mengambil tindakan dan pelan pencegahan idealisma liberal sebegini.

“Rahmatan lil alamin mempunyai batasannya, rahmat Allah tidak
akan turun kepada kaum yang ingkar kepada Allah tetapi yang ditakuti adalah bala pula akan menimpa kita, seperti mana yang tercatat di dalam al-Quran berkenaan kisah kaum Luth,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia bertegas bahawa perhimpunan yang berlangsung tempoh hari tidak patut diadakan.

“LGBT bukan sahaja ditolak oleh agama Islam, malah kesemua
agama termasuklah Kristian dan sebagainya.

“Kesucian perkahwinan adalah antara lelaki dan perempuan. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menuntut tindakan tegas diambil kepada pihak penganjur program perhimpunan tersebut,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. polis kena siasat dan tangkap mereka reman sebulan . biar mereka bermekap dalam penjara pulak

Comments are closed.