Pokok tumbang akibat ribut kencang melanda Putrajaya.

PUTRAJAYA – Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, di sini, dilanda ribut kencang dan hujan lebat selama 30 minit pada lewat petang tadi menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan.

Ketua Balai Bomba Putrajaya Che Shaari Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.10 petang daripada penduduk di kawasan terjejas antaranya Presint 9 dan Presint 11.

Katanya jentera bomba dengan kekuatan 18 anggota tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.16 petang.

“Apabila sampai di lokasi kejadian didapati tiga pokok tumbang dan menghalang laluan jalan utama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Che Shaari berkata kerja-kerja pembersihan pokok tumbang itu selesai pada pukul 7.58 malam.

Gambar dan rakaman video pokok tumbang menghempap kenderaan akibat kejadian ribut itu tular di media sosial.

Beberapa rumah penduduk dilaporkan turut rosak terutamanya pada bahagian bumbung, selain menyebabkan kerosakan kemudahan awam dan taman permainan kanak-kanak.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast