Dr Maszlee Malik

Kenyataan penuh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik

Berkaitan dengan isu penutupan semula 2 sekolah di Pasir Gudang berikutan bencana pencemaran sisa kimia.

Pada 7 Mac, atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan dianggotai oleh semua agensi kerajaan termasuk Bomba, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Kesihatan, Pejabat Pendidikan Daerah dan lain-lain, Pendaftar Sekolah dan Guru Negeri Johor membuat keputusan kedua-dua sekolah tersebut ditutup selama tiga hari sehingga Sabtu, 9 Mac 2019.

KPM kemudiannya telah menambah sehari lagi cuti iaitu pada 10 Mac 2019.

Keputusan ini bukannya keputusan KPM bersendirian, tetapi di atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah yang dianggotai oleh pelbagai pihak.

Pihak bomba juga telah mengesahkan bahawa keadaan udara di kedua kawasan sekolah berkenaan adalah pada tahap sihat dan sekolah boleh dibuka pada 11 Mac 2019.

Malangnya ketika murid-murid hadir hari ini, pihak sekolah melaporkan berlaku kes murid pening kepala lalu menghubungi pihak bomba dan pejabat kesihatan.

Pihak bomba telah mengarahkan agar sekolah dikosongkan kerana berlaku keadan udara yang tidak sihat. Pihak sekolah segera mengambil tindakan agar sekolah dikosongkan dan murid-murid dibenarkan pulang.

Sekali lagi, berdasarkan nasihat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah yang dianggotai pelbagai pihak, Jabatan Pendidikan Negeri Johor memutuskan kedua-dua sekolah berkenaan ditutup sehingga dimaklumkan kelak dan semua tindakan susulan berkaitan penutupan dipanjangkan kepada pihak sekolah dan KPM.

Saya secara peribadi memantau keadaan pelajar-pelajar yang terlibat dan akan memastikan mereka dirawat segera.

Saya juga ingin menafikan bahawa KPM membuka semula sekolah hari ini walau diberi peringatan seperti dilaporkan portal-portal online.

Ianya adalah keputusan bersama dan saya sendiri sedang memantau rapat isu ini bersama pasukan saya di KPM.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/11/buka-semula-sekolah-pelajar-kena-lagi-pencemaran-gas-kali/