KUALA LUMPUR – Kesesakan lalu lintas ke ibu negara berlaku di laluan menuju ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban dan Besraya susulan kemalangan membabitkan sebuah lori.
Astro Radio Trafik melaporkan sebuah lori panjang telah melanggar pembahagi jalan berdekatan dengan Muzium Diraja menghala ke TUDM.
Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan teruk dari Taman Duta.
Difahamkan kesesakan juga berlaku di Lebuh Raya Sungai Besi yang menuju ke susur keluar Jalan Istana. – MalaysiaGazette