TERKINI : Bantuan Misi Kemanusiaan Yayasan Salam Malaysia ke Tanzania

KUALA LUMPUR – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Salam Malaysia (SALAM) akan menghantar lima sukarelawan untuk ke Tanzania bagi misi kemanusiaan.

Kata Ahli Lembaga Pengarah Amanah Yayasan Salam Malaysia, Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid, program bantuan itu akan berlangsung sebulan bermula 29 April hingga 9 Jun 2019 yang bakal memfokuskan peningkatan ilmu pendidikan selain mengimarahkan bulan Ramadhan menerusi sedekah kepada penduduk yang memerlukan di negara benua Afrika yang majoriti penduduknya dalam keadaan daif.