Pemandangan di dermaga Odessa, Ukraine. foto Agensi

KIEV – Seorang ibu bertindak nekad terjun ke laut selepas kereta sorong anaknya diterbangkan dan terjatuh ke dalam Laut Hitam.

Kejadian itu berlaku di dermaga dekat Odessa ketika berlaku angin kuat di Ukraine.

Seorang saksi yang melihat kejadian itu bertindak segera menyelamatkan ibu dan anak.

Angin kuat yang melanda Ukraine itu turut menyebabkan pokok-pokok tumbang dan atap kediaman berterbangan.

Perkhidmatan Kecemasan Ukraine mengesahkan kejadian yang berlaku di pantai berhampiran dengan bandar Arcadia.

Jurucakapnya, Vasily Buscharov berkata, individu yang menyelamatkan ibu dan kanak-kanak berusia tiga tahun itu berkata, dia ternampak kejadian tersebut lalu melompat ke dalam laut sedalam tiga meter.

Dalam 30 saat kemudian, dia ternampak seorang wanita yang lengkap berpakaian berada di tepi pinggir dermaga, diikuti anaknya.

“Mereka selamat. Lelaki berkenaan mengangkat mereka ke atas dermaga,” ujarnya sambil menambah kereta sorong anak itu tidak dinaikkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast