Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Isu penggabungan kerajaan di negeri-negeri UMNO dan Pas belum dibincangkan oleh kedua-dua parti. 

Malah menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, buat masa ini terlalu awal untuk bercakap tentang perkara tersebut kerana kerjasama  kedua-dua parti masih di peringkat awal. 

Sehubungan dengan itu, khabar angin tentang kerajaan gabungan di antara parti itu disifatkan Annuar sebagai spekulasi. 

“Ini terlalu awal, kita tidak bincangkannya lagi tentang kerajaan gabungan. 

“Jawatankuasa teknikal dari Pas dan UMNO akan berbincang road map tentang kerjasama. Selain daripada itu isu-isu lain adalah spekulasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. 

Katanya lagi fokus UMNO dan Pas bukan setakat gabungan malah keseluruhan senario politik negara demi mengukuhkan parti alternatif untuk rakyat sementelah Pakatan Harapan dilihat gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat. 

“Kita tidak hanya lihat pada satu dua negeri tetapi senario keseluruhan negara (nasional), senario politik nasional. 

“Terlalu awal untuk bercakap tengang kerajaan gabungan di negeri-negeri UMNO dan Pas,” ujar beliau. -MalaysiaGazette