TERKINI : Kerjasama PAS-UMNO Mampu Tumbangkan Pakatan Harapan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan telah menggambarkan agama Islam sebagai ganas apabila mengaitkan kerjasama UMNO dan Pas dengan Taliban.

Tindakan itu menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri dilakukan dengan sengaja untuk menakut-nakutkan rakyat hanya kerana kesepakatan kedua-dua parti menggoyahkan Pakatan Harapan.

“Ini hanyalah untuk menakut-nakutkan apabila ada yang cuba menggambarkan Islam itu ganas dengan mengaitkan dengan Taliban dan sebagainya.

“Mereka bimbang tentang kerjasama ini. Kerana kerjasama ini jika diteruskan mampu menumbangkan kerajaan PH,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.