TERKINI : Lawatan Rasmi 3 Hari Presiden Korea Selatan di Malaysia

KUALA LUMPUR – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang tiba di negara ini semalam untuk memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia diberi sambutan negara di Dataran Parlimen, pagi ini.

Ketibaan Moon bersama isteri, Kim Jung-sook pada jam 10.06 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan anggota Kabinet kerajaan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast