Gambar hiasan.

ROM – Kanak-kanak Itali tidak boleh ke sekolah kecuali mereka boleh membuktikan telah mendapatkan suntikan yang betul.

Keputusan itu dibuat hasil perdebatan mengenai mewajibkan pengambilan vaksin di negara itu.

Malah, ibu bapa berisiko dikenakan denda sehingga 500 eruo (£ 425; AS$ 560) jika mereka menghantar anak-anak yang tidak mengambil vaksin ke sekolah.

Undang-undang baharu itu dilaksanakan susulan onjakan kes campak.

Pegawai-pegawai kesihatan mendakwa kadar vaksinasi telah meningkat sejak undang-undang berkenaan diperkenalkan.

Di bawah undang-undang itu, kanak-kanak mesti menerima pelbagai imunisasi wajib sebelum hadir ke sekolah. Ia termasuk vaksin untuk cacar air, polio, campak, beguk, dan rubella.

Kanak-kanak sehingga usia enam tahun yang tidak mengambil vaksin juga tidak boleh ke tempat asuhan atau tadika di bawah peraturan baharu itu.

Mereka yang berumur di antara enam dan 16 tahun tidak boleh diharamkan menghadiri sekolah, tetapi ibu bapa mereka berdepan dengan denda jika mereka tidak menyelesaikan imunisasi wajib. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast