Tim Leissner and Roger Ng Goldman Sachs bankers 1MDB scandal Najib Razak 1Malaysia Development Berhad bribery corruption
Tim Leissner and Roger Ng

WASHINGTON – Rizab Persekutuan Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ke atas dua bekas pegawai Goldman Sachs Group yang terlibat dalam skandal penggubahan wang haram membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tim Leissner dan Roger Ng telah dihalang daripada menyertai industri perbankan kerana penglibatannya dalam “skim yang secara tidak sah yang mengalihkan berbilion ringgit daripada dana kekayaan berdaulat Malaysia,” kata Bank Pusat itu.

Leissner, bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, tidak mengakui atau menafikan pertuduhan tersebut, tetapi bersetuju dengan denda yang dikenakan sebanyak AS$1.42 juta, menurut perintah penyelesaian yang dikeluarkan oleh Rizab Persekutuan.

Peguam Leissner enggan mengulas berhubung tindakan itu.

Seorang peguam untuk Ng tidak dapat dihubungi untuk memberi untuk ulas.

Tetapi, Ng boleh meminta pendengaran mengenai sekatan yang dikenakan ke atasnya, kata Rizab Persekutuan.

Pada tahun lalu, pendakwa-pendakwa Amerika Syarikat menuduh dua bekas pegawai bank Goldman terlibat dalam kecurian berbilion ringgit daripada 1MDB.

Leissner mengaku bersalah terhadap konspirasi untuk menyalaggunakan wang dan melanggar Akta Amalan Rasuah Asing.

“Mengambil pertuduhan Jabatan Kehakiman, perkembangan ini tidak mengejutkan,” kata jurucakap Goldman Sachs, Michael Duvally dalam kenyataan yang diemail bagi mengulas tindakan Rizab Persekutuan kepada dua individu itu.

Goldman Sachs secara konsisten menafikan salah laku dan mendakwa ahli-ahli dari bekas kerajaan Malaysia dan 1MDB telah membohonginya mengenai hasil jualan bon.

Pada bulan Januari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, David Solomon memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung peranan Leissner dalam skandal 1MDB, tetapi berkata, bank itu telah melakukan kewajaran sebelum setiap urus niaga dilakukan.

Ng telah ditahan sejak 1 November tahun lalu.

Pada bulan Februari, mahkamah Malaysia memutuskan untuk mengekstradisi Ng ke Amerika Syarikat tetapi dia perlu menyelesaikan kesnya di Malaysia. – MalaysiaGazette