TERKINI : PAS Tak Istihar Perang! – Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Pas dan UMNO hanya menggunakan pendekatan persaingan sihat dalam cabaran politik ketika berdepan dengan Pakatan Harapan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak ada siapa pun yang isytihar perang dengan sesiapa.

Malah, tidak ada pun sesiapa yang melakukan polemik antara kaum.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, perpaduan sihat di antara kedua-dua parti itu tidak menggugat kaum-kaum lain “Ketika Pas mengadakan perikatan dengan BN pada 1973, negara tak ada masalah, perkauman tak ada masalah.

“Kenapa bila Pas berpakat semula dengan UMNO dianggap ekstrem.

Kita di Kelantan berapa puluh tahun tidak ada pun berlaku apa-apa.

“Kita utamakan perpaduan, kehidupan harmoni negara dan rakyat. Muafakat Pas dan UMNO tidak akan menjadikan negara Taliban seperti yang disebut.

“DAP tak perlu takut. Pas pernah ada dalam kerajaan sebelum ini, BN semasa memerintah negara harmoni tidak berlaku sebarang yang dibimbangi,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Menghasut dgn ucapan mengenai Ketuanan & Kekafiran yg sempit itu mengajak peperangan dgn cara terancang.

Comments are closed.