Ahmad Faizal
Ahmad Faizal Azumu

IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini menasihati “tangan-tangan nakal” yang gemar menyebarkan khabar angin dan membuat tular kononnya berlaku konflik politik di negeri itu agar berhenti berbuat demikian.

Sebaliknya kata beliau adalah lebih berfaedah jika pihak berkenaan menggunakan kreativiti mereka menularkan perkara yang dapat membangunkan negeri.

“Dia (penular) fikir seronok, sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa, tiada manfaat, jangan buat kerja yang merugikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson ke-101 di Ipoh.

Datuk Seri Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang mengulas mengenai tular menyatakan bahawa menteri besar baharu Perak akan mengangkat sumpah jawatan petang ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast