H.O.T – Che Ta Beri Tempoh Sehingga 6 Petang Ini Untuk Mohon Maaf

PETALING JAYA – Bekas pemandu Che Ta sepatutnya hadir dalam sidang media di sini pagi ini untuk meminta maaf namun Muhammad Riduan Mohd. Mizol tidak hadir.

“Saya amat kesal dengan keengganan beliau tampil hari ini untuk memohon maaf secara terbuka walaupun secara terang kenyataan tersebut berunsur fitnah dan memalukan saya,” kata Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan.

Justeru pelakon berkenaan memberi tempoh sehingga pukul 6 petang ini kepada Muhammad Riduan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Sekiranya beliau (Muhammad Riduan) gagal, saya terpaksa mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau berdasarkan beberapa pilihan tindakan undang-undang yang telah kami bincangkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.