NEW ZEALAND – Seramai 27 dikhuatiri terbunuh dan beberapa lain tercedera selepas terkena tembakan rambang yang dilepaskan oleh seorang lelaki melibatkan dua masjid di Christchurch.

Memetik laporan Daily Mail, penembak yang menggelarkan dirinya sebagai Brenton Tarrant di laman sosial Twitter memasuki Masjid Al-Noor di Christchurch kira-kira jam 1.30 petang ketika umat Islam sedang bersiap untuk mengerjakan solat Jumaat.

Tindakan penembak itu disiarkan secara langsung video berdurasi 17 minit di akaun Facebooknya dipercayai lelaki warga Australia itu berusia 28 tahun melepaskan lebih 100 tembakan di dalam masjid berkenaan.

Saksi memberitahu media tempatan bahawa suspek memakai baju ala tentera dan membawa selaras senapang automatik melepaskan tembakan rambang di Masjid Al Noor.

Polis telah menahan seorang individu namun belum dapat dipastikan penglibatannya dalam insiden berkenaan. MalaysiaGazette