MUMBAI – Angka korban tragedi jambatan pejalan kaki runtuh di ibu kota kewangan India, Mumbai, telah meningkat kepada lima orang termasuk tiga wanita, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan pada lewat Khamis.

Insiden itu turut menyebabkan 32 orang cedera.

Dibina pada 1980, jambatan pejalan kaki itu runtuh semasa waktu puncak pada Khamis kira-kira pukul 7.30 malam.- BERNAMA