Dr. Selahuddeen Abd. Aziz
Dr. Selahuddeen Abd. Aziz

PASIR GUDANG – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan seorang bayi berusia tiga bulan menjadi mangsa terbaharu pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim di sini.

Malah, tidak ada kes melibatkan bayi yang dimasukkan ke dalam wad di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru akibat pencemaran itu.

Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz tidak menafikan, ada bayi berusia dua bulan dari Pasir Gudang menerima rawatan tetapi tetapi ia tidak ada kena mengena dengan kes berkenaan.

“Memang ada seorang bayi dua bulan dirawat tetapi masuk hospital sebab masalah lain walaupun bayi berkenaan dari kawasan Pasir Gudang.

“Bukan semua kes dimasukkan ke hospital disebabkan oleh pencemaran. Kami masih sedang menyiasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sejak kelmarin, tular dalam laman sosial apabila ada pihak mendakwa seorang bayi berusia tiga bulan menjadi mangsa krisis pencemaran berkenaan.

Sehingga pukul 3 petang semalam seramai 480 mangsa baharu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim dicatatkan sekali gus menjadika jumlah terkini mangsa 4,035. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast