Mahathir
Perdana Menteri , Tun Mahathir (tengah) bergambar kenangan pada Majlis Pelancaran Program Ikon Remaja Wilayah Persekutuan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. foto : NOOREEZA HASHIM, 16 Mac 2019.

PUTRAJAYA – Golongan remaja perlu memegang dasar ]Pandang ke Timur’ dan mencontohi budaya Jepun dengan memupuk sikap malu dan nilai-nilai mulia bersemangat jitu seperti orang Jepun dan rajin berusaha untuk menjadi pewaris negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nilai-nilai mulia dan semangat jitu untuk berjaya sebagai pemimpin rakyat dan negara perlu bermula seawal usia 10 tahun.

“Sebab itulah kita kerajaan cuba mengmpul generasi remaja dapat menentukan nilai-nilai tinggi yang perlu ada pada diri anda semua dengan memilih ikon cemerlang.

“Kita juga selain mencontohi dalam negara, negara lain juga perlu ditauladani kemajuan dan adik adik sekalian biasa dengar dasar padang ke timur yang digubal dahulu tetapi juga dijadikan dasar kerajaan baharu ini kenapa?

“Sebab kalau nak tentukan sesuatu berjaya lebih baik lihat orang yang sudah berjaya supaya mereka akan jadi contoh kepada kita dan jika lihat pada Jepun yang musnah akibat dua bom nuklear semasa perang dunia kedua tetapi dalam jangka masa beberapa dekad mereka kini capai kejayaan luar biasa. Sehingga digeruni Barat dengan penguasaan ilmu terkini dalam kalangan orang timur dan Asia,” katanya di Majlis Pelancaran Ikon Remaja Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi.

Menurutnya, program Ikon Remaja menerapkan fasa pertama dengan enam modul bertempoh antara enam hingga lapan bulan membantu peserta lebih 2,000 pelajar remaja menentukan ikon dalam bidang-bidang tertentu

“Berusahalah supaya kita juga mempunyai kebolehan sama dan akan berjaya apabila membesar dan menjadi warga berharga dalam negara kita dan insyallah negara jadi maju menjelang 2025.

“Lima tahun lagi sudah tentu 2025 , tapi bukan untuk saya orang tua ini tapi untuk jenerasi muda yang akan dewasa menggalas segaka tugas yang diberikan untuk majukan diri masyarakat dan negara kita,” ujarnya.

Bagi tujuan itu katanya, setiap remaja harus mencontohi Jepun dengan memiliki perasaan malu yang akan mendorong mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk maju dalam bidang yang diceburi.

“Kelebihan Jepun ialah pegangan mereka kepada nilai mulia yang boleh menjayakan diri mereka. Mereka mempunyai perasaan malu kalau gagal dan sanggup bunuh diri kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.

“Perasaan malu akan mendorong kita berusaha dan memajukan diri dan negara seperti mana orang Jepun yang bersungguh-sungguh untuk jayakan apa jua tanggungjawab dan kerja yang diberikan. Inilah yang kita ingin lihat,” ujarnya.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa sekiranya setiap remaja memiliki pemikiran dan ideologi seperti warga Jepun yang rajin, tekun dan tak berasa malu, maka barangan Malaysia akan terkenal di dunia sebagai keluaran berkualiti sehingga menjana kekayaan negara dan rakyat serta perseorangan.

“Sebab itulah kita ingin lihat negara kita bina ikon remaja yang serba boleh dari kecil lagi dilantik dan diberi contoh baik menerusi Program Ikon Remaja Wilayah Persekutuan melibatkan 2,000 remaha terpilih hari ini yang akan mengikuti enam modul selama enam hingga lapan bulan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast