Peserta Program 'Guardian Women Empowerment Balance For Better'.

 

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Wanita baru-baru ini, Guardian Malaysia telah meraikan 20 wanita bertuah yang menjadi pemenang Program ‘Guardian Women Empowerment Balance For Better’.

Mereka diraikan di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort bersama lima wanita berpengaruh – Sazzy Falak, Atita Haris, Tash Yong, Jorise Lee dan Elecher Lee serta dua ikon popular YouTube – Nisha Ezzati dan Aisyah Habshee.

Wanita-wanita itu dipilih Guardian Malaysia selepas memberi komen-komen terbaik mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu memenangi pakej percutian yang ditawarkan itu.

Pemenang bertuah itu bukan sahaja berpeluang bercuti dua hari satu malam di resort mewah itu tetapi turut terlibat dalam beberapa aktiviti kesihatan dan kehidupan, selari dengan temanya ‘Balance For Better’ (Keseimbangan untuk lebih baik).

Tema itu dipilih bersesuaian dengan kempen keseimbangan peranan wanita – antara kerjaya, aktiviti rekreasi dan masa berehat.

Guardian-cook
Sebahagian peserta mengikuti aktiviti memasak.

Ini kerana, wanita memikul tanggungjawab besar termasuk terlibat dalam kuasa ekonomi – seperti mana wanita dikatakan menguasai sebahagian daripada langit.

Pengurus Jenama Kesihatan dan Kecantikan Guardian Malaysia dan Brunei, Michelle Yeap Hoon Li berkata, peranan wanita di dalam masyarakat hari ini telah berubah sama sekali.

Keupayaan melakukan pelbagai tugasan meliputi suri rumah tangga, pencari nafkah, ibu, pengajar dan lain-lain
memberi tekanan berterusan kepada wanita.

Jadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila laporan Nielsen menunjukkan wanita di Malaysia berada di tangga ke-16 paling tertekan di dunia.

Lantaran itu, bersempena Hari Wanita, Guardian Malaysia mencabar para wanita mengambil tindakan positif bagi mewujudkan dunia yang lebih baik untuk diri mereka menerusi langkah-langkah yang lebih praktikal.

Sepanjang dua hari itu, mereka bersantai sambil melakukan aktiviti bagi penjagaan kehidupan seharian.

Antaranya membawa perunding kecantikan bagi membantu mereka memahami cara penjagaan kulit. Para peserta berseronok apabila diajar teknik solekan beserta nasihat cara gaya dandanan yang bersesuaian dengan tema majlis.

Bertuahnya mereka apabila Guardian Malaysia turut membawa profesional untuk berkongsi isu berkaitan pengurusan tekanan.

Selain itu, para peserta turut mempelajari dan menjalani sesi praktikal cara penyediaan makanan seimbang dan berkhasiat.

Yoga 01
Yoga antara aktiviti riadah yang disertai oleh peserta Program ‘Guardian Women Empowerment Balance For Better’.

Di samping itu, kelas kecantikan yang menyeronokkan itu, turut diajar kepada para pesereta berkaitan teknik solekan beserta nasihat cara gaya dandanan yang bersesuaian dengan tema majlis.

Penceramah profesional turut dijemput bagi berkongsi isu berkaitan pengurusan tekanan.

Selain itu, para peserta turut menjalani sesi praktikal yang menyeronokkan dengan mempelajari cara penyediaan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membolehkan mereka mempraktikan di dalam kehidupan seharian.

Acara lain yang tidak kurang menariknya ialah sesi terapi bunyi khusus untuk rawatan teraputik. Tidak lengkap sesi ini tanpa sesi yoga – yang mana para peserta diajar menggabungkan campuran fizikal postur, teknik pernafasan, meditasi dan kepelbagaian gaya teknik rehat.

Yeap berharap pakej percutian itu dapat memberi manfaat kepada peserta-peserta terpilih untuk terus mengharungi cabaran masa depan dengan jiwa yang kental. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast