PARIS – Sekumpulan penunjuk perasaan bukan sahaja bertindak ganas dengan memecah masuk pusat beli belah di Champs Elysees di sini sebaliknya membakar deretan kedai malam  tadi pada waktu tempatan.

Portal Evening Standard melaporkan, minggu ini merupakan minggu ke 18 ‘pertempuran’ antara kerajaan dengan penunjuk perasaan ‘jaket kuning’ yang semakin menjadi ganas.

Setakat ini, seramai 60 orang ditahan berikutan keganasan di Champs Elysees yang bertindak berani dengan membaling bom tangan sehingga pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan menghalang penunjuk perasaan ini seperti gas pemedih mata, belantan dan sebagainya.

Jaket kuning 4

Sekurang-kurangnya 7,000 hingga 8,000 Champs Elysees menyertai tunjuk perasaan ini bukan sahaja membakar gedung perniagaan Fouquet, iaitu satu lokasi yang terkenal menjadi tumpuan golongan kaya dan terkenal selain daripada tumpuan pelancong di

Mereka juga bertindak membakar kedai beg tangan mewah Longchamp, sebuah bank, satu lagi restoran dan beberapa gerai menjual akhbar.

Juga kedai jam tangan mewah seperti Cartier, Lacoste, Kenzo, Hugo Boss juga Mont Blanc juga menjadi sasaran dengan banyak yang telah dirosakan oleh kumpulan ini.

Presiden Perancis Emmanuel Macron terpaksa memendekkan lawatan di Pyrenees dan kembali ke Paris bagi mengadakan mesyuarat berhubung krisis itu.

Penunjuk perasaan yang dihalang oleh polis terus mencetuskan kekacauan di Paris menyebabkan kerosakan di bandar tumpuan pelancong itu.

Jaket kuning3

Macron berikrar untuk bertindak tegas dan tidak akan teragak-agak menghalang keganasan daripada berterusan, susulan perbincangan darurat diadakan di kementerian dalam negeri pada Sabtu.

Macron ketika ditemui pemberita berkata, beliau akan berbuat apa sahaja bagi menghentikan keganasan yang sedang melanda negara ini.

“Hari ini terdapat segelintir individu yang cuba untuk merosakkan negara ini dengan menghancurkan harta benda dan berisiko untuk membunuh.

“Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan setegas mungkin bagi memastikan ianya dapat dibendung. Semua orang yang berada di sana terlibat dalam penyebaran malapetaka di Champs-Elysees,” ujarnya.

Perdana Menteri Perancis, Edouard Phillipe yang tiba di tempat kejadian melahirkan rasa terkilan dengan keadaan huru hara itu.

“Sebagaimana majoriti penduduk Perancis rasakan, saya rasa sangat marah hari ini. Apa yang berlaku hari ini bukan tindakan penunjuk perasaan, tetapi ia adalah tindakan pencuri, pembakar dan penjenayah. Tiada sebab yang boleh mengesahkan keganasan ini,” tegasnya.

Hugo1

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast