Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aliran keluar ekuiti tempatan menguncup kepada RM421 juta minggu lalu berbanding RM903.2 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata, hari Isnin merekodkan aliran keluar yang besar sebanyak RM272.3 juta – paras yang tidak pernah berlaku sejak November tahun lalu.

Bagaimanapun, jumlahnya tidak tinggi berbanding pasaran Asia Utara seperti Korea Selatan dan Taiwan yang menyaksikan tahap jualan bersih asing melebihi RM400 juta.

Bursa merekodkan penyusutan sebanyak 0.9 peratus pada hari yang sama kepada 1,664 mata, paras terendah setakat tahun ini.

Firma penyelidikan itu menambah, paras jualan asing menurun di bawah RM100 juta kepada RM60.9 juta pada hari Isnin ekoran kenaikan jualan runcit semalaman Amerika Syarikat pada bulan Januari.

Katanya, jumlah pengeluaran oleh pelabur luar pesisir lebih dua kali ganda kepada RM125.6 juta pada keesokan harinya dan RM13.4 juta pada hari Khamis.

MIDF Research menambah, pelabur asing membeli RM51.3 juta pada hari Jumaat selepas China berjanji untuk mengekalkan rangsangan sasarannya dengan potongan cukai bermula pada April 2019.

Dalam tempoh dua minggu pertama bulan ini, pelabur asing telah melupuskan sejumlah RM1.48 bilion ekuiti tempatan.

Berikutan itu, pelabur-pelabur asing telah menarik balik sebanyak RM1.27 bilion daripada pasaran tempatan setakat ini.

MIDF Research berkata, Malaysia masih menjadi negara yang menyaksikan aliran keluar terbesar dalam kalangan empat negara ASEAN yang dijejaki olehnya.

Manakala Indonesia masih kekal sebagai penerima aliran masuk tertinggi iaitu AS$686.9 juta atau RM2.5 bilion. Indonesia akan mengadakan Pilihan Raya Presiden dan Pilihan Raya Umum pada April ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast