Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir menjuarai carta ‘Sibaq Al Akhbar’ (Berita-berita Dunia Paling Hangat) bagi kategori ‘ Tokoh Minggu Ini’ kelolaan saluran berita Arab terkenal, Al Jazeera apabila memperoleh undian tertinggi penonton saluran televisyen berkenaan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam gempa bumi yang berlaku di wilayah Lombok pada Ahad.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam gempa bumi yang berlaku di wilayah Lombok pada Ahad.

“Saya ambil maklum mengenai perkembangan terkini kejadian gempa di Lombok, Indonesia. Saya rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh berhubung dengan pejabat Kedutaan kita di sana,” kata Dr Mahathir menerusi catatan di laman Twitter beliau.

Sehingga kini, Wisma Putra mengesahkan dua orang warganegara Malaysia meninggal dunia akibat gempa bumi itu, tujuh mangsa mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Lombok manakala 13 orang lagi terselamat.

Kesemua mangsa adalah dari sekumpulan 22 warganegara Malaysia yang berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru ketika gempa berukuran 5.0 pada Skala Richter berlaku pada 3.07 petang waktu tempatan.

— BERNAMA