CHRISTCHURCH, New Zealand – Pemilik kedai senjata api, Gun City, berkata kedai itu menjual empat senjata api dan peluru kepada suspek yang menyerang masjid menerusi ‘proses tempahan pos dalam talian yang disahkan polis’.

David Tipple menerusi satu kenyataan berkata, beliau telah menyerahkan rekod pembelian dan maklumat terperinci penjualan kepada polis, namun ia tidak termasuk senjata api semi automatik ala tentera, lapor AP.

Tipple berkata, beliau dan kakitangannya berasa ‘kecewa dan jelek’ dengan insiden tembakan pada Jumaat lalu.

Kedai tersebut dikritik kerana menggunakan papan iklan yang menunjukkan seorang bapa melatih anaknya menembak.

Merujuk kepada suspek yang ditahan selepas menembak di dua masjid, Tipple berkata: “Kami mendapati tiada yang luar bbiasa mengenai pemegang lesen (senjata) ini.

Seorang warga Australia ditelah didakwa membunuh dalam serangan di dua buah masjid di Christchurch. – Agensi