Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – Kekuatan UMNO menjadi faktor mengapa MCA membuat keputusan untuk kekal bersama Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

“Saya rasa mereka memutuskan untuk kekal sebab UMNO kuat. Kenapa mereka nak bersama BN kalau tiada keyakinan dengan UMNO, jika tidak mereka tentu sudah lari,” katanya di lobi Parlimen.

Pada 17 Mac, MCA memutuskan untuk terus kekal dengan BN bagi memperkukuhkan lagi kerjasama antara kaum.

Jawatankuasa Pusat MCA menerusi kenyataan berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan tidak berlaku kecondongan politik berteraskan perkauman.

Tambah kenyataan itu lagi, kerjasama UMNO dan Pas adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun parti komponen yang berhasrat menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak seharusnya mengambil kira prinsip konsensus dan kepelbagaian dalam BN.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, kerjasama dengan Pas sememangnya tidak dapat dielakkan apatah lagi ia merupakan salah satu strategi untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kita akan teruskan juga kerjasama kita dengan Pas sebab hanya itu cara untuk kita berjaya pada PRU15,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast