Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak berpuas hati dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak memberi laluan kepadanya untuk mencelah pada sesi perbahasan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengadu menerusi ciapan Twitternya, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu memberitahu, ketika Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahas hampir semua celahan dari Pas dan UMNO diberi peluang.

“Sekarang giliran Ahli Parlimen Pekan mengambil bahagian berbahas, saya dan beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) cuba mencelah, langsung tidak diberi peluang.

“Macam mana nak jadi Bossku macam ni? Mantan Perdana Menteri tak bagi peluang

“Saya cuba celah langsung tak bagi peluang… Macam mana nak jadi bossku macam ni? Mantan PM tak bagi peluang kepada backbencher penggal pertama,” katanya kesal. – MalaysiaGazette