OPPO F11 Pro

KUALA LUMPUR – Celcom menawarkan OPPO F11 Pro terkini apabila melanggan pelan pascabayar Celcom Mobile Platinum.

Peranti terkini dalam kategori pertengahan OPPO itu didatangkan dengan 100GB data pada harga pakej RM188 sebulan.

Pelanggan juga boleh memiliki OPPO F11 Pro yang terkini hanya pada RM54 setiap bulan, melalui pelan ansuran mampu milik Celcom iaitu EasyPhone.

“Pelanggan boleh mendapatkan telefon kamera yang begitu mengkagumkan daripada OPPO melalui pra-tempahan mulai 19 Mac sehingga 29 Mac 2019 daripada Celcom Online Store; https://shop.celcom.com.my, cawangan Celcom bluecube dan Celcom Certified Partners di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pelanggan akan menerima telefon baharu pada 30 Mac 2019.

Celcom Logo-01

Dijual pada harga runcit RM1,399.00, telefon tersebut direka bagi menghasilkan swafoto yang lebih semula jadi dengan lensa kamera hadapan tersembunyi 16MP yang naik sendiri.

Manakala kamera belakang 48MP membolehkan gambar lebih sempurna diambil walaupun dalam cahaya kelam dengan apertur F1.79 yang telah ditambahbaik.

OPPO F11 Pro juga mempunyai sistem pengecasan pantas VOOC bagi menjimatkan masa mengecas, sesuai untuk mereka yang sering bergerak pantas.

Untuk masa terhad, pelanggan Celcom yang membuat pra-tempahan OPPO F11 Pro akan menerima pengecas mudah alih universal berharga RM110. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast