Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda menunjukkan kad CUEPACS CARE selepas sidang media di Wisma CUEPACS, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menasihatkan kakitangan awam di negara ini memiliki perkhidmatan takaful kesihatan.

Ia bagi mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan hospital awam yang sesak di masa kini, kata Presiden CUEPACS,  Datuk Azih Muda.

Ia juga satu kemestian kepada penjawat awam bagi menjamin pengurusan kesihatan yang lebih baik kepada mereka.

“Kami harap penjawat awam libat insuran, kalau lawat hospital kerajaan di Serdang, Sungai Buloh, katil hospital telah melimpah, salah satu jalan untuk bantu penjawat awam adalah dengan cara bantu diri sendiri, antara lain CUEPACS Care,” katanya dalam sidang media hari ini.

MGF19032019_CUEPACS_11
Kad CUEPACS CARE di Wisma CUEPACS, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 MAC 2019

Sehingga kini lebih 500,000 penjawat awam daripada 1.7 juta sudah memiliki kad insuran berkenaan.

Ia ekoran kesedaran penjawat awam yang semakin tinggi terhadap

Kos perubatan yang semakin tinggi menyebabkan lebih ramai penjawat awam sudah mengutamakan aspek insuran kepada diri sendiri dan ahli keluarga mereka. Mereka perlu bayar RM32 untuk individu dan satu keluarga RM85 sahaja tanpa had bilangan anak.

“Sasaran kita supaya penjawat awam seukrangnya memilik satu perlindungan takaful. Apa jenis terpulang tapi dengan kadar yang mereka mampu bayar. Andai berlaku musibah, mereka akan dapat perlindungan hospital swasta,” katanya lagi.

Seiring dengan itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melancarkan Program Mentafakulkan Penjawat Awam melalui MyCeupacsCare.

Ia sempena Majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS bersama Perdana Menteri pada 25 Mac depan di Universitu Putra Malasyia.

Sejak ia dilancarkan pada 1999, lebih 88,000 jenis tuntutan melibatkan nilai tuntutan RM280 juta telah diselesaikan sehingga kini. -MalaysiaGazette