TERKINI : Parti IKATAN Isytihar Deklarasi Solidariti Tun M – Kadir Sheikh Fadzir

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan mengakui pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih Persekutuan dari Barisan Nasional (BN) 10 Mei lalu terlalu perlahan. P

residennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, beliau melihat empat parti gabungan dalam PH masing-masing menuntut hak kononnya mereka sama besar dan sama penting.

“Tidak sampai setahun mentadbir, mereka mendesakan supaya diberi penghargaan yang sama, hak yang sama dan semuanya sama dalam segala-galanya.

“Mereka juga mendesak supaya pucuk pimpinan PH mesti mendengar semua pandangan mereka.

“Mereka megah dengan nilai-nilai barat dan menggunakan kebebasan itu mengkritik serta membelasah sesama mereka sepanjang masa,” katanya pada sidang media mengisytiharkan Deklarasi Solidariti terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Pelancongan Malaysia, di sini, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast