Pesawat 737 Max. foto Agensi

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan semakan dilakukan bagaimana proses Boeing 737 Max 8 mendapat lesen untuk beroperasi.

Perintah itu dikeluarkan susulan dua nahas membabitkan model pesawat berkenaan dalam tempoh lima bulan membabitkan pesawat Ethiopian Airlines baru-baru ini dan Lion Air pada Oktober tahun lalu.

Malah, siasatan awal yang dijalankan mendapati terdapat persamaan jelas antara kedua-dua nahas berkenaan.

Salah satu fokus siasatan adalah membabitkan sistem anti-berhenti Max 8, yang mana Boeing berkata, perisiannya perlu dikemas kini

Setiausaha Pengangkutan, Elain Chao telah meminta ketua pemeriksaan untuk mengaudit proses lesen pesawat berkenaan.

Dalam satu memo kepada ketua pemeriksaan, Calvin Scovel, Chao berkata, semakan itu perlu dilakukan bagi membantu Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam memastikan prosedur dilaksanakan secara efektif.

Sejak tragedi membabitkan Ethiopian Airlines, timbul persoalan mengapa FAA mengambil masa terlalu lama untuk menggantung penggunaan 737 Max.

Reuters difahamkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat juga telah memulakan pertanyaan tentang pemantauan FAA terhadap pesawat Boeing itu.

Sementara itu, Eropah dan Kanada berkata, mereka akan mencari jaminan mereka sendiri atas keselamatan pesawat tersebut – satu langkah yang mungkin merumitkan rancangan untuk menerbangkan pesawat berkenaan ke seluruh dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast