Foto Instagram Krisdayanti

KUALA LUMPUR – Penyanyi ternama Indonesia, Krisdayanti semakin aktif turun padang berjumpa dengan rakyat selepas bergiat secara serius dalam bidang politik.

Krisdayanti mewakli  Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) iaitu parti yang sama dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Pada pilihan raya Indonesia bulan depan, Jokowi akan mempertahankan kerusi Presiden bergandingan dengan Ma’ruf Amin yang akan bertanding kerusi Wakil Presiden.

Gandingan itu akan berdepan dengan pasangan Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno.

Ibu kepada empat anak itu berkata, menjadi wakil rakyat adalah satu usaha yang  boleh memberi manfaat kepada orang ramai.

Sehingga kini, penyanyi lagu Menghitung Hari itu sudah meredah sehingga 300 kampung sejak September tahun lalu.

Krisdayanti masih perlu melawat 170 kampung untuk bertemu bakal pengundinya selepas memilih daerah Malang Raya di Jawa Timur iaitu tempat kelahirannya.

Di daerah Malang Raya, jumlah pengundi di situ merangkumi sejumlah dua juta orang. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast