Saturday, December 14, 2024
Home Dunia New Zealand bertakafur 2 minit Jumaat ini

New Zealand bertakafur 2 minit Jumaat ini

CHRISTCHURCH – Semua rakyat New Zealand diminta bertafakur selama dua minit pada Jumaat ini.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, acara itu bagi memperingati pemergian 50 mangsa dalam serangan pengganas di dua buah masjid di sini yang genap seminggu kejadian itu berlaku.

Memetik laporan NZ Herald, acara penuh simbolik itu akan disiarkan secara langsung menerusi Radio NZ dan TVNZ.

Ardern telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Islam di New Zealand dan mereka menyokong umat Islam untuk kembali ke masjid sebagai memperingati satu minggu kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast