Mohamed Azmin menyerahkan replika cek peruntukan kepada RISDA dalam majlis Majlis Aspirasi Ekonomi Pekebun Kecil di Kampung Lalang, Baling, Kedah.

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mendapat peruntukan sebanyak RM338 juta untuk Program Pembangunan RISDA diagihkan kepada 552,543 orang pekebun kecil di seluruh negara tahun ini.

Peruntukan itu merangkumi Program Tanam Semula Getah, Prasarana Asas Pertanian, Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan, Skim Insentif Produktiviti Getah, Khidmat Pengembangan dan Latihan Pekebun Kecil.

Peruntukan itu diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Majlis Aspirasi Ekonomi Pekebun Kecil di Padang Awam Kg. Lalang, Baling, Kedah hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM37 juta daripada jumlah itu diagihkan kepada RISDA Negeri Kedah yang akan memberi manfaat kepada 73,642 orang pekebun kecil di seluruh negeri itu.

Beliau turut mengagihkan Prasarana Asas Pertanian berjumlah RM1.5 juta.

Bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran getah pekebun kecil turut diadakan penyampaian bantuan Skim Insentif Produktiviti Getah berjumlah RM3.1 juta dan bantuan Program Peningkatan Produktiviti Getah berjumlah RM348,500. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast