Brenton Tarrant. foto Agensi

WELLINGTON – Polis New Zealand berkata, suspek utama yang menembak 50 orang jemaah di dua buah masjid di Christchurch sedang dalam perjalanan ke sasaran lain ketika dia ditahan.

“Kami sangat percaya bahawa kami telah menghentikannya dalam perjalanan untuk melakukan serangan lain.

“Banyak nyawa telah diselamatkan,” kata Ketua Polis New Zealand, Mike Bush pada sidang akhbar.

Penembak itu telah memasuki ke sebuah masjid pusat bandar raya pada hari Jumaat lalu dan melepaskan tembakan, membunuh lebih daripada 40 orang.

Dia kemudian melintasi bandar ke masjid lain dan mengamuk.

Brenton Tarrant, 28, telah ditangkap ketika dia melarikan diri dari tempat kejadian.

Polis telah mengejar suspek dan menariknya daripada sebuah kereta.

Dua anggota polis yang berjaya menahan suspek ketika Tarrant masih memegang senjata dan beberapa bom buatan sendiri ditemui di dalam keretanya.

Bush menyifatkan maklum balas polis terhadap insiden serangan itu adalah hebat.

Anggota-anggota polis tiba di tempat kejadian kurang enam minit selepas mendapat laporan dan suspek ditahan dalam tempoh 21 minit.

Tarrant, seorang warga Australia telah dibawa di mahkamah dan didakwa dengan tuduhan membunuh dan bakal dikenakan beberapa pertuduhan lagi.

Bush berkata, polis tahu arah mana suspek akan tuju tetapi enggan mengulas kerana suspek sudah dituduh dan proses pendakwaan sedang dilakukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast