Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (dua kanan) hadir untuk menunaikan solat Jumaat sempena Majlis Peringatan Hari Polis ke 212 di Masjid Sallehin Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 22 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Polis membenarkan Perhimpunan Solidariti Kedamaian yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka pagi esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah menerima notis permohonan himpunan itu pada 8 Mac lalu.

“Notis kebenaran sudah diberi kepada penganjur selepas mereka didapati mematuhi syarat perhimpunan.

“Kebenaran bersyarat sudah diberikan semalam dan ia diletakkan di bawah kuasa Ketua Polis Daerah Dang Wangi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Masjid Salehin, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Perhimpunan itu yang dijangka bermula jam 7.30 hingga 11 pagi diadakan bersandarkan konsep keamanan dan kedamaian, tanpa mengira anutan agama dan ideologi politik.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dipetik sebagai berkata, mereka yang akan turun menyertai perhimpunan itu haruslah memakai pakaian berwarna putih, tanpa membawa sebarang logo parti politik. – MalaysiaGazette

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohamad