Lynas Malaysia wajar dib.eri peluang untuk mempertahankan rekod pengawalseliaan serta persekitarannya secara terbuka sejak ia mula beroperasi pada 2012. - MABC
Gambar hiasan

KUANTAN – Adalah tidak adil untuk membandingkan sisa buangan Lynas dengan pencemaran di Sungai Kim Kim.

Pengurus Besar Keselamatan Radiasi Lynas, Prof Dr Ismail Bahari berkata, pengeluar bahan nadir bumi itu telah dipantau dari hari pertama dan belum berlaku berlaku insiden yang mencemaskan.

“Anda tidak boleh mengaitkan Lynas dengan Sungai Kim Kim sebab kami mudah dipantau oleh pengawal selia, Badan Tenaga Atom Antarabangsa, oleh semua orang sebelum kami beroperasi lagi.

“Bukti dan data dikeluarkan kepada orang awam. Jadi tidak adil untuk membandingkan Lynas dengan Sungai Kim Kim sebab ia tidak sama,” katanya seperti dilaporkan oleh The Star.

Kenuataan itu dibuat selepas menghadiri sidang media yang disertai oleh kumpulan anti-Lynas di sini.

Dr Ismail berkata, Lynas sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang paling ketat dan telah dihukum lama dahulu jika melakukan kesalahan.

Semasa sidang media itu, Penasihat Undang-Undang Save Malaysia, Stop Lynas, Hon Kai Ping berkata, terdapat lebih daripada satu juta tan sisa yang diklasifikasikan sebagai sisa berjadual yang disimpan di Loji Bahan Tambahan Lynas di Gebeng di sini.

“Di bawah Peraturan Buangan Berjadual 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling, tidak lebih daripada 20 tan sisa boleh disimpan di tapak selama lebih daripada 180 hari.

“Tetapi, kita lihat Lynas menambah sisa ini lebih 60,000 kali daripada paras yang dibenarkan.

Namun, Dr Ismail berkata, aktivis anti-Lynas
tidak mengetahui kandungan sisa bawah penembusan (NUF) itu tetapi mereka mendakwa ia adalah toksik.

“Kami mempunyai data dan analisis yang dilakukan oleh Sirim yang menunjukkan ia tidak toksik. Sekiranya ia tidak toksik dan boleh digunakan semula, mengapa tidak?

“Sebelum kita dapat mengkomersialkan NUF, kita perlu menyimpannya dengan betul,” kata Dr Ismail, sambil menambah penyimpanan jenis sisa ini bukan sesuatu yang unik dan telah dilakukan sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast