KUALA LUMPUR – Dr Maszlee Malik mengingatkan pengurusan Universiti Malaya untuk sentiasa mendukung pendirian dan kebebasan mahasiswa asalkan ia tidak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan universiti.
Menteri Pendidikan itu, adalah tidak wajar menunjukkan sikap tidak jelas dan mengambil jalan selamat sedangkan mahasiswa diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, semua Naib Canselor wajar mempamerkan sikap mengutuk tindakan tidak beradap sekumpulan individu yang menyerang mahasiswa itu.
“Ini terjadi beberapa hari lepas dan kejadian sama boleh berlaku di kampus-kampus lain jika semua mengambil sikap sambil lewa.
“Kita tidak boleh gentar dan takut menyatakan kebenaran atas nama prinsip keluhuran sebuah gedung ilmu bernama universiti,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Universiti Malaysia berkata, pihaknya tidak menyokong mana-mana tindakan provokasi lisan mahupun
visual sama ada dilakukan oleh pelajar mahupun kumpulan tertentu memandangkan masyarakat Malaysia menuju ke arah masyarakat madani yang penuh dengan kesantunan dan kesusilaan.
Naib Canselornya, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim berkata, kejadian ini boleh dielakkan sekiranya semua pihak mengelakkan kata-kata dan tindakan provokatif, diharap mereka yang terlibat dalam insiden ini sama ada pelajar mahupun penyokong kumpulan tertentu lebih matang dalam bertindak pada masa hadapan tanpa menggunakan kekerasan. – MalaysiaGazette