Saturday, April 20, 2024
Home Nasional Bantuan wang ihsan kurang kerana kewangan tidak kukuh

Bantuan wang ihsan kurang kerana kewangan tidak kukuh

Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Dr. Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR – Pemberian bantuan wang ihsan bencana banjir berkurangan daripada RM1,000 pada tahun 2017 kepada RM500 untuk 2018 bagi setiap keluarga disebabkan kedudukan kewangan kerajaan yang belum kukuh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berjanji sekiranya keadaan kewangan itu semakin baik, kerajaan sedia meningkatkan jumlah pemberian tersebut.

“Itupun wang ihsan, kalau kerajaan ada lebih (kewangan), kita bagi lebih,” katanya semasa menjawab soalan tambahan daripada Datuk Rosol Wahid (PH-Hulu Terengganu) yang bertanyakan mengapa pemberian wang ihsan tersebut dikurangkan semasa sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ketika menjawab soalan itu, Dr. Wan Azizah turut bertanyakan Rosol bagaimana beliau mendapat maklumat bantuan wang ihsan bencana banjir pada tahun 2017 berjumlah RM1,000 untuk setiap keluarga.

Ini kerana nilai itu berbeza dengan apa yang dimaklumkan kepada beliau. – MalaysiaGazette