Ibrahim Khraishi
Ibrahim Khraishi

GENEVA – Jenayah yang dilakukan Israel terhadap penunjuk perasaan yang dilakukan secara aman oleh penduduk Palestin perlu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Gesaan Ibrahim Khraishi dilakukan selepas Majlis Hak Asasi PBB meluluskan resolusi untuk memperkukuhkan kehadiran pertubuhan itu di wilayah Palestin yang diceroboh Israel pada Jumaat lalu.

Majlis itu berkata, ia ‘sangat khuatir’ dengan penemuan suruhanjaya antarabangsa bebas yang dilantik PBB yang menyatakan tentera Israel mungkin telah melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan semasa tunjuk perasaan aman ‘Great March of Return’.

“Laporan tersebut perlu disalurkan kepada ICC oleh pesuruhjayanya,” kata Khraishi kepada agensi berita, Anadolu merujuk kepada Michelle Bachelet yang mengetuai Majlis Hak Asasi PBB.

Khraisi berkata, tentera Israel menjadikan semua orang, termasuk kanank-kanak, orang kurang upaya, media dan pekerja penjagaan kesihatan, sebagai sasaran, lapor Middle East Monitor.

Mengharapkan laporan tersebut akan dibawa ke ICC, beliau memberitahu, pendakwa raya mahkamah perlu memulakan siasatan terhadap jenayah perang Israel.

Pada awal bulan ini, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata, had kemasukan ke AS akan bergantung kepada pemeriksaan terhadap penyiasat dakwaan jenayah perang yang membabitkan Israel.

Menyentuh kenyataan Setiausaha Luar Negara Britain, Jeremy Hunt bahawa negara itu akan menentang semua resolusi anti Israel pada majlis tersebut, Khraishi berkata,: “Ia bermula denhgan Deklarasi Balfour (anjuran Britain) lebih 100 tahun dahulu.

“Selepas mandat mereka, mereka menggalakkan kumpulan-kumpulan Israel membunuh rakyat kami dan menghalau daripada kediaman mereka,”.

Beliau berlkata, di bawah mandat Britain mengenai Palestin, tenetra Israel telah memusnahkan 500 buah kampung dan bandar.

Khraishi yang mengkritik Britain melakukan ‘pilih kasih’ terhadap penduduk Palestin berkata: (United kingdom) sentiasa meminta kebertanggungjawaban tetapi apabila ia mengenai Israel mereka adalah pelindung (mereka) dan mereka menggalakkan budaya bebas daripada hukuman.

Sejak Mac 2018, lebih 250 pendudukl Palestin dibunuh dan beribu-ribu dicederakan tentera Israel semasa tunjuk perasaan yang mendesak hak pelarian penduduk Palestin untuk kembali ke negara mereka dikembalikan setelah diusir pada 1945 bagi memberi laluan kepada penubuhan negara Israel.

Mereka turut mendedsak untuk mengakhiri sekatan ke atasĀ  Tebing Gaza yang telah berpanjangan selama 12 yahun yang mana 2 juta orang terkesan daripada sekatan itu.

Baru-baru ini tentera Israel telah melakukan serangan udara dengan menajdikan Gaza sebagai sasaran dengan menuduh layang-layang dan belon dibakar dan dihantar dari Gaza ke kawasan Israel. – Agensi