Mohamad Fuzi
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bercakap pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama pemain Pasukan Bola Sepak PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Kematian model Ivana Esther Robert Smit yang ditemui mati di balkoni kondominium CapSquare Residences di sini dua tahun lalu disiasat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bagaimananpun jika siasatan lebih terperinci diperlukan maka ia akan diambil alih oleh pegawai polis berpangkaat Asisten Superintendan (ASP).

“Saya dapat maklumat dari Ketua Polis Kuala Lumpur (Mazlan Lazim) iaitu pada asasnya siastaan dijalankan oleh anggota polis berpangkat Sarjan dan masa itu kita buka kertas inkuiri sahaja.

“Tetapi apabila ada perkara-perkara kita fikirkan siasatan lebih lengkap perlu dibuat, maka ia diambil alih oleh pegawai polis berpangkaat Asisten Superintendan (ASP),” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media sambutan Hari Polis Ke-212 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Mohamad Fuzi menyatakan demikian ketika diminta mengulas dakwaan Mahkamah Koroner bahawa polis sepatutnya melakukan siasatan lebih mendalam dan menyeluruh kerana bukti yang dikemukakannya dalam kes itu tidak cukup untuk mendedahkan punca kematiannya.

Pada 8 Mac lalu mahkamah itu berpendapat pegawai yang menyiasat kes kematian model warga Belanda itu, ASP Faizal Abdullah boleh melakukan siasatan dengan lebih terperinci dengan mengklasifikasikan semula kes tersebut daripada kematian mengejut dengan membuka kertas siasatan.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, pegawai itu telah melaksanakan apa yang perlu dilakukannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast