Walaupun permintaan dana daripada kerajaan merupakan perkara yang agak biasa, tetapi apa yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ternyata luar biasa apabila beliau menerima permohonan peruntukan untuk mengusir hantu.
Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendesak agar Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dilantik dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang.

Desakan itu disuarakan seorang penyokong kerajaan iaitu Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng bagi memenuhi janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dibuat oleh PH.

Justeru beliau mencadangkan pihak Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat keputusan tentang perkara tersebut.

“Peraturan Mesyuarat 77 (2) tentang PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) di mana jawatankuasa ini hendaklah mengandungi seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi yang akan dilantik oleh majlis.

“Penyokong kerajaan mahu Pengerusi PAC diganti dengan ahli pembangkang. Dengan rasa hormat kepada Ahli Parliman Beluran (Datuk Seri Ronald Kiandee) kerana ini soal prinsip.

“Permintaan ini adalah kerana janji manifesto pilihan raya PH. Kita mesti tunaikannya, jadi saya minta pihak Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat keputusan,” katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Desakan beliau itu disokong oleh Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kerana terlalu banyak janji kerajaan PH gagal ditunaikan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, pihaknya mengambil maklum perkara tersebut dan akan dibincangkan.

Jawatan Pengerusi PAC kini disandang oleh Ronald namun kedudukannya dipersoalkan memandangkan beliau dilantik memegang jawatan itu ketika masih bersama UMNO dan BN.

Akhir tahun lalu, Ronald bersama beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar daripada UMNO dan kemudian baru-baru ini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kerajaan PH sebelum ini telah berjanji supaya Pengerusi PAC dipilih dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

Keengganan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menukarkan jawatan Pengerusi PAC didakwa menjadi antara sebab Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai seorang daripada Ahli PAC. – MalaysiaGazette