Datuk Seri Najib Razak.
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan Datuk Seri Najib Razak merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penjualan bangunan kerajaan di Hong Kong.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, kelulusan itu dibuat ketika Najib menjadi perdana menteri.

“Saya ingin memaklumkan bahawa keputusan untuk menjual bangunan konsulat di Hong Kong dilakukan Najib semasa pentadbiran Barisan Nasional sebelum  9 Mei tahun lalu.

“Surat tawaran itu dikeluarkan olehnya namun keputusan dibuat secara rundingan terus pada harga RM1.1 bilion,” katanya semasa ucapan penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat di sini ini.

Semalam, Najib telah menyuarakan kebimbangan mengenai laporan media bahawa kerajaan ingin menjual menara pejabat 28 tingkat yang dimiliki di Hong Kong.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan kini proses mencari pembeli untuk bangunan 28 tingkat di Hong Kong yang diberi nama Malaysia Building milik kerajaan.

Menara di Jalan Gloucester, di daerah Wanchai itu menempatkan beberapa agensi kerajaan termasuk pejabat Konsulat Jeneral Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast