KUALA LUMPUR – PDRM FC yang melalui proses pembaharuan semula ditaruh harapan tinggi dalam Liga Premier 2019 musim ini untuk bangkit menjadi pasukan yang kuat dan digeruni dalam Liga Premier 2019 musim ini.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan harapan itu berdasarkan standard tinggi yang ditetapkan ke atas skuad yang bakal dikendalikan Ketua Jurulatih baharu E. Elavarasan yang menggantikan Kamarul Ariffin.
“Saya difahamkan isu-isu kebajikan gaji dan jurulatih sebahagiannya sudah diselesaikan dan harap barisan pentadbiran baharu yang dibantu kepimpinan tertinggi PDRM akan bangkit semula sebagai salah suatu pasukan terkuat dan digentar pasukan lain dalam liga Malaysia selepas ini.
“Harap pasukan semakin digeruni selepas ini dan mencapai maltamat tidak baik tidak lain menjadi juara liga premier kali ini sebab dah tetapkan standard tahap tinggi.. kalau sasaran kita lebih tinggi maka kita akan capai kejayan lebih baik,” katanya dalam sidang media khas diiringi Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun selepas sesi pertemuan bersama Pemain pemain dan pengurusan PDRM FC di Pulapol.