Steve Blok (kiri) mendengar kepada ucapan Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Marise Mayne yang bercakap dalam sidang media di Syedney, Australia hari ini. Foto: AP

SYDNEY – Pegawai tertinggi kerajaan Belanda dan Australia telah berjumpa dengan rakan sejawatan mereka di Rusia untuk memulakan perbincangan mengenai pihak bertanggungjawab di sebalik nahas Pesawat Malaysia MH17 yang ditembak jatuh pada Julai 2014 lalu.

Perkara itu disahkan Menteri Luar Belanda, Stef Blok hari ini.

Kesemua 298 penumpang termasuk kru kapal milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) terbunuh dalam nahas itu semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Ia ditembak jatuh oleh puak pemisah Pro Rusia di Kiev, Timur Ukrain dan majoriti penumpangnya merupakan warganegara Belanda.

“Mesyuarat pertama bersifat tiga hala itu telah berlangsung baru baru ini.

“Namun kami tidak boleh memperincikan intipati atau kandungan proses mesyuarat itu kerana adalah penting untuk melindungi kerahsiaan itu.

“Tetapi apa yang saya boleh katakan di sini ialah kami tetap komited ke arah mencapai kebenaran, keadilan dan ketelusan untuk mendedahkan dalang di sebalik tabir,” tegasnya lagi.

Pada Mei 2018 lalu, kedua dua kerajaan itu berkata mereka akan memastikan Rusia bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

Kenyataan itu menyusul selepas penyiasat nahas udara melibatkan kapal terbang mengesan sistem peluru berpandu ‘buk’ yang didakwa digunakan oleh Brigad Anti Pesawat 53 berpengkalan di Kursk, wilayah barat di Rusia.

Ketika itu, Presiden Vladimir Putin membalas bahawa pesawat malang itu bukan ditembak jatuh oleh Peluru berpandu Rusia.

Australia berkata ia akan menuntut kerosakan kos kewangan bavgi pihak keluarga 38 mangsa warga Australia yang turut terbunuh dalam nahas tersebut. – MalaysiaGazette