Serangan militan di bandar Mogadishu menyebabkan mangsa terkorban dan cedera. foto Agensi

MOGADISHU – Bom kereta meletup berhampiran sebuah hotel dan restoran di Mogadishu, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang di kawasan sibuk.

Insiden itu dipercayai perbuatan militan.

Ledakan kuat menghantar asap tebal di langit dan memusnahkan dua restoran serta beberapa kereta yang diletakkan di kawasan itu.

“Setakat ini, kami membawa 11 orang mati dan 16 yang lain cedera. Jumlah kematian mungkin meningkat, “kata Abdikadir Abdirahman, Pengarah Perkhidmatan Ambulance. – MalaysiaGazette