Datuk Salahuddin Ayub hadir pada Sesi Townhall bersama warga MARDI di Ibu Pejabat MARDI di Serdang hari ini.

SERDANG – Budaya orang tengah sukar dihapuskan bukan sahaja di negara ini malah kajian menunjukkan ia tidak boleh dibanteras di seluruh dunia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kajian tersebut dibuat oleh Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI) yang menunjukkan orang tengah kekal berleluasa walaupun negara sudah merdeka lebih 60 tahun.

Namun jelas beliau, kementerian telah mengemukakan idea untuk menghapuskan golongan itu dengan kerjasama beberapa kementerian terlibat.

“Kita akan berbincang idan ni baru idea serta saya turut sebut pada akhir perbahasan di Parlimen semalam. Secara jujurnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (bekas menteri) telah membuat tindakan yang paling berani iaitu jihad orang tengah.

“MARDI pernah buat satu penyelidikan dan kita berpegang dengan laporan itu yang menyatakan orang tengah tidak boleh dihapuskan termasuk di seluruh dunia.

“Tapi ada orang tengah yang boleh memberi manfaat dan timbul idea kenapa kita tidak kawal orang tengah sedangkan mereka yang ke laut kena ada lesen dan begitu peruncit dan pemborong juga sama,” katanya pada sidang media selepas Sesi Townhall bersama warga MARDI di Ibu Pejabat MARDI di sini hari ini.

DSC_8708
Datuk Salahuddin Ayub hadir pada Sesi Townhall bersama warga MARDI di Ibu Pejabat MARDI di Serdang hari ini.

Salahuddin menambah, kerajaan mengambil tanggungjawab menghapuskan orang tengah dengan melibatkan kerjasama beberapa kementerian seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP), Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Jelas beliau, langkah awal akan dibuat apabila pihaknya akan berbincang dengan Menteri KPNHEP, Datuk Saifudin Nasution Ismail esok sempena mesyuarat kabinet di Langkawi, Kedah.

“Kenapa orang tengah tidak boleh dikawal dan mereka boleh tentukan harga sesuka hati mereka, jadi ini baru idea dan kerajaan ambil tanggungjawab dengan melibatkan beberapa kementerian.

“Orang tengah ini merangkumi semua rangkaian sama ada sektor buah-buahan, ikan dan pertanian,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.