Timbalan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Muhtar Suhaili As-Sarawaki

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo diingatkan agar memberi tumpuan kepada penduduk di kawasannya bukan sibuk berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Muhtar Suhaili As-Sarawaki yang membuat teguran itu mendakwa, Michael dilihat sibuk memberi kupon makanan percuma berjumlah RM75,000 kepada lima buah sekolah di kawasan Rantau.

Perkara itu katanya disifatkan sebagai satu kesalahan dan turut ditegaskan oleh pemantau Bersih.

“Michael Teo kini sudah penggal kedua menjadi Ahli Parlimen Miri. Berdasarkan pendapat umum beliau adalah seorang ahli Parlimen yang gagal bahkan tidak menjalankan fungsi sebagai ahli Parlimen yang berkesan.

“Selain itu, Michael Teo juga tidak bersuara di Parlimen, bahkan hanya senyap dan tidak membawa suara rakyat di Dewan Rakyat.

“Sedangkan sebagai wakil rakyat, beliau sepatutnya membawa suara rakyat dan mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan di Parlimen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Muhtar Suhaili, masih ramai lagi penduduk di Parlimen Miri yang memerlukan bantuan dan sewajarnya Teo memberi fokus menambah baik perkhidmatan dan infrastruktur di kawasannya dan bukan sibuk memberi ‘rasuah’ pilihan raya di tempat lain.

“Penduduk Miri berharap Ahli Parlimen Miri supaya lebih cekap, bijak dan turun padang bertemu rakyat, bukan hanya muncul di musim pilihan raya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast