Maszlee Malik

KUALA LUMPUR- Kabinet hari ini bersetuju untuk membenarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Kewangan berhubung peruntukan tambahan untuk kontrak pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, selain MOF, KPM juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia bagi meneliti isu berkaitan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah.

Ini bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja sentiasa terpelihara, katanya.

“Ini merupakan usaha awal KPM selepas perbincangan dengan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) pada awal minggu ini. Segala pandangan daripada perbincangan berkenaan telah dibawa untuk perhatian Jemaah Menteri dan KPM akan terus berusaha bagi memastikan isu-isu berkaitan ini dapat diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan sejumlah 12,000 pengawal keselamatan sekolah terpaksa menganggur apabila KPM bertindak untuk tidak menyambung kontrak syarikat yang membekalkan perkhidmatan kawalan keselamatan di sekolah selepas ianya tamat 31 Disember lalu.

Perkara yang sama turut menimpa pekerja-pekerja pembersihan di sekolah.

Perkara tersebut bagaimanapun dinafikan oleh KPM.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/25/maszlee-tolong-selesai-isu-pengawal-keselamatan-sekolah/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast