BESUT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta , Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau panggilan mesra Acap, meskipun pihak lain telah menghentikannya.
“Walaupun ada agensi lain yang akan menamatkan SAR hari ini, tetapi bomba akan teruskan sehingga mangsa ditemui. Pencarian melibatkan skala kecil dan bergantung kepada keadaan semasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kempen Keselamatan Kebakaran Peringkat Negeri Terengganu tahun 2019 di Pulau Perhentian di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mantek.
Pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang juga dikenali sebagai Acap berasal dari Muar, Johor, disedari hilang selepas beliau tidak tiba di garisan penamat meskipun pada mulanya berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25 kilometer. – MalaysiaGazette