Tan Sri Muhyiddin Yassin

PRK RANTAU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau merupakan peluang keemasan untuk Pakatan Harapan (PH) memberi penjelasan kepada rakyat secara berfakta.

“Ini kerana sebelum ini ada banyak isu isu yang diputarbelitkan pembangkang dengan salah faham apa yang diperjuangkan kerajan Harapan selama ini.

“Jadi ruang lagi terbuka dalam PRK ini dan kami akan perjelaskan dengan lebih terperinci kepada pengundi di sini dan rakyat,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemberita selepas Hari Penamaan Calon PRK DUN Rantau yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Seri Sendayan dekat Seremban pagi tadi.

PKR mengetengahkan Streram sebagai calon Pakatan Harapan yang menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan mempertahankan kerusi tersebut.

Manakala anak watan Rantau, R. Malar, 51, juga akan bertanding sebagai calon bebas menggunakan lambang pokok dan bekas ahli Pas, Mohd Nor Yassin,66.

Tambah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu lagi, kali ini PH akan mengambil sikap dan pendekatan bersifat offensive (menyerang) dan bukannya defensive (bertahan serangan).

“Kita mengambil sikap lebih ofensif bukan lebih defensif. Saya tak fikir kita perlu bersikap orang kata defensif  seolah olah apa yang telah dilakukan kerajaan selama ini tidak memberi apa apa faedah pada rakyat.

“Pembangkang menyeleweng maklumat tepat dan ini waktu terbaik kita ceritakan setepat-tepatnya dalam masa kempen ini,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast