Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bercakap kepada media ketika hadir untuk mendengar tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2018.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bercakap kepada media ketika hadir untuk mendengar tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2018.

SEKINCHAN- Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mahu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kembali bekerja semula untuk parti.

Mengakui meminta Ahmad Zahid bercuti selepas namanya dikaitkan dengan kes mahkamah dahulu tetapi kini cuti bekas timbalan perdana menteri itu sudah dianggap terlalu lama.

“Memang saya sebelum ini turut meminta Zahid untuk berehat seketika namun tidak sehingga berbulan-bulan sehingga membuatkan ahli UMNO mempersoalkan tindakannya,” katanya.

Menurut Jamal, Ahmad Zahid tidak wajar membiarkan Bossku (Najib) sahaja meneruskan perjuangan.

Beliau berkata demikian dalam majlis Santai Ummah bersama Bossku, Datuk Seri Najib Razak di Sekin Hotel dan Resort, Sekinchan hari ini.

Baru-baru ini, Ahmad Zahid turun padang semasa penamaan calon Pilihan Raya Kecil Rantau menunaikan janjinya kepada calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hari ini, Ahmad Zahid telah meluangkan masa pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra.